KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR

KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR

Rabu, Disember 08, 2010

MAKLUMAN CUTI AKHIR TAHUN 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR TENGGARA
Jalan Tun Abdul Jalil
81440 Bandar Tenggara

                                                                                                    Ruj.kami : JEA8004/09/01/ 07
                                                                                                    Tarikh : 12 NOVEMBER 2010


Ibu/bapa/penjaga,
Murid-murid dan pelajar-pelajar,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.

Tuan,
MAKLUMAN CUTI AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2010


Pada melaksanakan kehendak Perkara 9, Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996, maka dengan ini Pengetua memberitahu cuti Akhir Tahun bagi sesi persekolahan tahun 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan bermula pada 20 november 2010 dan berakhir pada 02 JANUARI 2011.


2. Sehubungan itu tuan dikehendaki memastikan anak/ anak jagaan tuan mematuhi perkara-perkara berikut sepanjang tempoh cuti ini:-
a. Dia tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan dirinya dan
orang lain.
b. Dia membaca buku teks yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah.
c. Dia hadir ke sekolah pada tarikh berikut:
i. 23 dan 24 DISEMBER 2010 / 30 dan 31 DISEMBER 2010* untuk membeli
buku dan peralatan sekolah
ii. 31 DISEMBER 2010 untuk membersihkan kelas dan mengambil jadual waktu. (MESTI HADIR)
iii. 03 JANUARI 2011 untuk memulakan sesi persekolahan 2011. (MESTI HADIR)


*BOLEH pilih hari yang sesuai


3. Sekiranya pihak tuan atau anak tuan bercadang untuk melakukan perjalanan jauh pada musim cuti ini, sila pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil kira bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.


Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,





(ZAINAL BIN OTHMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara,
81440 Bandar Tenggara.
s.k.
i Pengarah Pelajaran Johor,
(u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran)
ii Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I made this widget at MyFlashFetish.com.