KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR

KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR

HEM


F. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

PENGURUS UTAMA
 En.Zainal bin Othman
Pengetua DG52
AHLI JEMAAH PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
F1.Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:
Pn. Hjh.Muzayanah binti Sumrah DG 44

Setiausaha:
Pn.Che’Wan Sa’adah binti Che’Wan Ahmad Tajudin DG 41

F2. Unit Disiplin dan Akhlak Murid
F2.1 Ketua Guru Disiplin:
En. Shamsul Ihtisham bin Musa DG 41

Penolong Ketua :
1.Pn.Hasnah binti Abd.Kadir DG 41
2.Pn.Zulaikha binti Ngaliman DG 44
F2.2 Pembantu Ketua Guru Disiplin:
1.En.Mohd.Saipi bin Halidin DG 44
2.En.Mohd.Hasry bin Mustakim DG 41
3.Pn.Noraishah binti Tarni DG 41
4.

F2.3 Penasihat Lembaga Pengawas:
1.En. Ab.Rahim bin Md.Arshad DG 44
2.En.Ahmad Nazri bin Selamat DG 41 
3.Pn.Suriati binti Alias DG 41

F2.4 Penasihat Majlis Ketua, Penolong dan Bendahari Tingkatan(KENARI) :

1.Pn. Muzam binti Mohdi DG 41
2.Pn.Zulaikha binti Ngaliman DG 44
F2.5 Guru STUDM/SSDM:
En. Shamsul Ihtisham bin Musa DG 44
F2.6 Penolong Guru STUDM/SSM :
Cik Anne Suraya binti Abd.Halim DG 41
F2.7.Pembantu Guru STUDM/SSM:
Semua Guru Tingkatan 1 hingga 6
F2..8.Jadual Kedatangan Murid:
Cik Anili Fasha binti Mahadi
F2.9. e-kehadiran
1.Cik Annelin Hazizah binti Haron DG 41
2.Cik Anne Suraya binti Abd.Halim DG 41

F3. Unit Kesihatan,Keceriaan,Keselamatan Dan Kebajikan

F3.1 Ketua Unit:
Pn.Hjh.Hasnah binti Kasnan DG 44
F3.2 Kesihatan dan Bilik Rawatan Murid:
a. Ketua:Pn.Noor Asmah binti Mohamad Ramly DG 41
b. YM Raja Hafsah binti Raja Hamzah DG 41
F3.3 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah:
a. Ketua:Pn.Faridh binti Maas DG 44
b. En.Khairulnizam bin Md.Yusof DG 41
c. Cik Shantiti a/p Appalainadu DG 41
F3.4 Keselamatan Dan Latihan Kecemasan

a. Ketua:En.Abd.Razak bin Saat DG 44
b. En.Zolkeple bin Jemadar DG 44
c. En.Mohd.Pozi bin Kemin DG 41
F3.6 Anti Buli:
En. Zolkeple bin Jemadar DG 44
F3.7 Kebajikan, KWAPM dab Bantuan Kewangan:
a. Ketua;Pn.Norazana binti Mohamed Ariff DG 41
b. Cik Hanis Suzana binti Zaharin DG 41
F3.8 Biasiswa Murid:
Pn. Hafilah binti Hamzah DG 44


F4.Unit Skim Pinjaman Buku Teks

F4.1.Ketua Unit:
Pn. Hjh. Nisah binti Sarbini DG 44
F4.2.Penolong Ketua Unit SPBT:
Pn.Azlina binti Abu Bakar DG 41
F4.3. Pembantu guru:
Semua Guru Tingkatan 1 hingga 6
F4.4 Penasihat Kelab SPBT:
Pn.Hjh.Nisah binti Sarbini DG 44

F5.Unit Bimbingan dan Kaunseling
F5.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling
1. En. Tn.Hj.Mohd.Khairudin bin Abu Nawas DG 44

2. Pn. Salmah binti Othman DG 44
F5.2 Guru Anti Dadah  SLAD:
1.Ketua:Tn.Hj. Mohd.Khairudin bin Abu Nawas DG 44
2..En.Md.Shahfuddin bin Husein DG 44
3.Cik Rahimah binti Abd.Rahim DG 41
F5.3 Guru PRS:
Pn.Salmah binti Othman DG 44
F5.4 Penasihat Kelab Kaunseling Kerjaya:
Tn.Hj. Mohd.Khairudin bin Abu Nawas DG 44
F5.5 Guru RIMUP:
Pn.Salmah binti Othman DG 44

F6.Unit Dakwah dan Kerohanian

F6.1 Ketua Unit:
En.Zuraimi bi Hamidon DG 41

F6.2 Membudayakan AlQuran:
En. Ab.Rahim bin Md.Arshad dg 44
F6.3 Risalah Dakwah:
Pn.Norzana binti Md. Ariff DG 41
F6.4 Hari-Hari Kebesaran Islam:
En.Zuraimi bin Hamidon DG 41
F6.5 Tazkirah:
Pn.Hasnah binti Abd.Kadir DG 41

F7. Unit Kantin Sekolah

F7.1 Ketua Unit:
Pn.Zuraini binti Kasim DG 44
F7.2 Kebersihan :
Pn.Che’Wan Sa’adah binti Che Wan Ahmad Tajuddin DG 41
F7.3 Keceriaan:
Pn.Wahyu Ramayeni binti Idrus DG 41
F7.4.Pengawas Kantin Dan Keselamatan Murid Di Kantin:
En.Abd.Rahman bin Salleh DG 41
F7.5 Kualiti Perkhidmatan dan Makanan:
Pn.Mahani binti Parmin DG 41


*******************

LATIHAN KECEMASAN















*******************

CONTOH NOTIS DAN SURAT PEMBERITAHUAN GANTONG DAN BUANG SEKOLAH YANG DIKELUARKAN OLEH SEKOLAH KAMI


Ruj.kami : JEA8004/02/04/001(07/04)
Tarikh : 13 APRIL 2010



Saudara
Tingkatan ,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara .

NOTIS GANTUNG SEKOLAH

Pada menjalankan tanggungjawab mentadbir atau mengurus sekolah mengikut Akta Pendidikan 1996, pada melaksanakan tanggungjawab dan kuasa disiplin mengikut Surat Pekeliling Iktisas Bil 6A/1975 dan bagi tujuan menyelia dan mengawal disiplin murid; maka Pengetua dengan ini mengambil keputusan menggantung persekolahan kamu mulai 15 APRIL 2004 hingga 28 APRIL 2004.

Keputusan ini diambil mengikut perkara 8(a) Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959, Ordinan Pelajaran 1957, setelah didapati kamu terbabit dalam pergaduhan pada 1 APRIL 2004.

Dengan keluarnya notis ini, kamu dilarang memasuki dan berada di dalam premis sekolah dan digantung daripada menggunakan semua atau mana-mana bahagian kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sepanjang tempuh pergantungan sekolah. Kamu dikehendaki melaporkan diri kepada Pengetua sekolah ini pada 29 APRIL 2004 pada waktu persekolahan.

Dengan perintah,



(ZAINAL BIN OTHMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.
81440 Bandar Tenggara, Johor.

****************



Ruj.kami : JEA8004/02/05/005 (03)
Tarikh : 10 MEI 2010





En.,
Jalan Pahlawan,
81440 Bandar Tenggara

Tuan,

PEMBERITAHUAN GANTUNG SEKOLAH

Bersama-sama surat ini dilampirkan Notis Gantung Sekolah anak tuan yang berkuatkuasa mulai 11 MEI 2010 kerana melakukan kesalahan sepertimana yang tercatat di dalam notis tersebut.

2 Namun demikian mengikut perkara 10 Peraturan-peraruran Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, Ordinan Pelajaran 1957, ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana patut.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,


(ZAINAL BIN OTHMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.
81440 Bandar Tenggara, Johor.
s.k.
i Pengarah Pendidikan Johor,
(u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran)
ii Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

***************


Ruj.kami : JEA8004/02/02/(1)
Tarikh : 22 JUN 2010



Saudara
Tingkatan
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara

NOTIS BUANG SEKOLAH

Pada menjalankan tanggungjawab mentadbir atau mengurus sekolah mengikut Akta Pendidikan 1996, pada melaksanakan tanggungjawab dan kuasa disiplin mengikut Surat Pekeliling Iktisas Bil 6A/1975 dan bagi tujuan menyelia dan mengawal disiplin murid; maka Pengetua dengan ini mengambil keputusan buang sekolah ke atas kamu mulai ………….

Keputusan ini diambil mengikut peraturan 8(a) Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959, Ordinan Pelajaran 1957, setelah pihak sekolah mendapati kamu telah tidak hadir ke sekolah selama ………… berturut-turut mulai…….

Keputusan ini juga dibuat setelah mengambil kira kamu masih tidak hadir ke sekolah walaupun telah surat pemeberitahuan ketidakhadiran ke sekolah telah dihantar sebanyak tiga kali iaitu:

i Surat Bil. JEA 8004/02/04/005(1) bertarikh 24 JANUARI 2010
ii Surat Bil. JEA 8004/02/04/005(2) bertarikh 07 MAC 2010
iii Surat Bil. JEA 8004/02/04/005(3) bertarikh 06 APRIL 2010

Dengan keluarnya notis ini, kamu dilarang memasuki dan berada di dalam premis sekolah dan tidak dibenarkan menggunakan semua atau mana-mana bahagian kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Dengan perintah,


(ZAINAL BIN OTHMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.
81440 Bandar Tenggara,Johor.


***************
 
 
Ruj.kami : JEA8004/02/04/001(03)
Tarikh : 10 MEI 2010



Saudara,
Tingkatan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara,

NOTIS BUANG SEKOLAH

Pada menjalankan tanggungjawab mentadbir atau mengurus sekolah mengikut Akta Pendidikan 1996, pada melaksanakan tanggungjawab dan kuasa disiplin mengikut Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959, Ordinan Pelajaran 1957; dan bagi tujuan menyelia dan mengawal disiplin murid mengikut Surat Pekeliling Iktisas Bil 6A/1975; maka Pengetua dengan ini mengambil keputusan buang sekolah ke atas kamu mulai 11 MEI 2004.

Keputusan ini diambil mengikut peraturan 8(a) Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959, Ordinan Pelajaran 1957, setelah pihak sekolah mendapati kamu telah melakukan kesalahan-kesalahan yang serius dan mengganggu ketenteram sekolah, seperti yang tercatat dalam lampiran yang disertakan.

Keputusan ini juga dibuat setelah mengambil kira kamu masih lagi melakukan kesalahan melanggar peraturan sekolah walaupun kamu pernah digantung persekolahan pada 10 MAC 2010 hingga 23 MAC 2010 dan pernah mendapat khidmat Guru Bimbingan Dan Kaunseling.

Dengan keluarnya notis ini, kamu dilarang memasuki dan berada di dalam premis sekolah dan tidak dibenarkan menggunakan semua atau mana-mana bahagian kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Dengan perintah,


(ZAINAL BIN OTHMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.
81440 Bandar Tenggara, Johor.


***************


Ruj.kami : JEA8004/02/05/005 (03)
Tarikh : 10 MEI 2010



En.,
Jalan Pahlawan,
81440 Bandar Tenggara

Tuan,

PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH

Bersama-sama surat ini dilampirkan Notis Buang Sekolah anak tuan yang berkuatkuasa mulai 11 MEI 2010 kerana melakukan kesalahan sepertimana yang tercatat di dalam notis tersebut.

2 Namun demikian mengikut perkara 10 Peraturan-peraruran Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, Ordinan Pelajaran 1957, ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana patut.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,


(ZAINAL BIN OTHMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.
81440 Bandar Tenggara, Johor.
s.k.
i Pengarah Pendidikan Johor,
(u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran)


*****************


Ruj.kami : JEA8004/09/01/ 07
Tarikh : 02 JUN 2010





Ibu/bapa/penjaga,
Murid-murid dan pelajar-pelajar,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara.

Tuan,

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2010

Pada melaksanakan kehendak Perkara 9, Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996, maka dengan ini Pengetua memberitahu cuti pertengahan tahun bagi sesi persekolahan tahun 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan bermula pada 05 JUN 2010 dan berakhir pada 20 JUN 2010.

2. Sehubungan itu tuan dikehendaki memastikan anak/ anak jagaan tuan mematuhi perkara-perkara berikut sepanjang tempoh cuti ini:-

a. Dia tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan dirinya dan orang lain.
b. Dia membaca buku teks dan membuat kerja rumah yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah.
c. Dia hadir semula ke sekolah pada hari Isnin 21 JUN 2010

3. Sekiranya pihak tuan atau anak tuan bercadang untuk melakukan perjalanan jauh pada musim cuti ini, sila pastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil kira bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,



(ZAINAL BIN OTHMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara,
81440 Bandar Tenggara.
s.k.
i Pengarah Pelajaran Johor,
(u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran)
ii Pegawai Pelajaran Daerah Kulai


*****************
RAWATAN PERGIGIAN DARI KLINIK KESIHATAN 
BANDAR TENGGARA 

*****************

KURSUS MOTIVASI DAN JATI DIRI
CALON-CALON PMR DAN SPM 2010







*****************

CERAMAH KEIBUBAPAAN














*****************

A. PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID


ARAHAN KESELAMATAN DIRI MURID

1.0. Definisi
Keselamatan terhadap murid di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan. Ini kerana terdapat pelbagai aktiviti melibatkan mereka yang boleh mendatangkan risiko ancaman terhadap keselamatan diri. Fokus arahan keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi menjamin keselamatan murid merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama.

2.0. Matlamat

Menjamin keselamatan murid daripada segala bentuk ancaman keselamatan semasa sesi persekolahan.

3.0. Objektif

3.1 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa murid pergi dan balik dari sekolah.
3.2 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa sesi pengajaran & pembelajaran dan waktu rehat.
3.3 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti kokurikulum,sukan dan permainan.
3.4 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti lawatan dan perkhemahan.
3.5 Mengurangkan kes-kes kemalangan murid di asrama.
3.6 Meningkatkan kefahaman tatacara keselamatan kepada semua warga sekolah.

4.0. Arahan Keselamatan Perjalanan Pergi Dan Balik Dari Sekolah
4.1 Sekolah hendaklah memastikan murid telah diberikan pengetahuan dan pendedahan mengenai undang-undang dan keselamatan jalan raya/keretapi/bot/feri .
4.2 Sekolah hendaklah menasihati murid-murid yang membawa kenderaan ke sekolah supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
4.3 Sekolah hendaklah menasihati murid menggunakan jaket pantul cahaya ketika menunggang basikal/motosikal dan memakai jaket keselamatan sewaktu berada di dalam bot/feri.
4.4 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi peraturan jalan raya /keretapi/bot/feri.
4.5 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di stesen bas/keretapi dan semasa di dalam bas/keretapi.
4.6 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di jeti bot/feri dan semasa di dalam bot/feri.
4.7 Sekolah hendaklah menyediakan tempat yang selamat untuk menurun dan mengambil murid .
4.8 Sekolah hendaklah menyimpan rekod data cara murid ke sekolah.
4.9 Sekolah hendaklah memastikan papan tanda keselamatan jalan raya ada dipamerkan.
4.10 Sekolah hendaklah melaporkan sebarang kejadian kemalangan yang melibatkan murid kepada pihak yang berkenaan dengan segera.
4.11 Sekolah hendaklah memastikan nombor talian kecemasan dipamerkan dalam kawasan sekolah.
4.12 Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan pergi dan balik ke sekolah.
4.13 Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala ke atas kenderaan yang digunakan oleh murid ke sekolah.
4.14 Sekolah hendaklah menetapkan laluan pejalan kaki, laluan kenderaan dan parkir kenderaan yang digunakan oleh murid.
4.15 Sekolah hendaklah melakukan kawal selia sewaktu murid datang dan balik dari sekolah.

5.0. Arahan Keselamatan Murid Semasa Pengajaran & Pembelajaran Dan Waktu Rehat.
5.1 Sekolah hendaklah memberi arahan tentang keselamatan murid semasa di bilik darjah, makmal, bengkel dan bilik-bilik khas.
5.2 Sekolah hendaklah mengawasi murid sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti pengajaran & pembelajaran dijalankan.
5.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran.
5.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan pengajaran & pembelajaran yang berisiko dipatuhi.
5.5 Sekolah hendaklah memastikan peraturan pakaian dipatuhi oleh murid semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran di bengkel.
5.6 Sekolah hendaklah menyimpan rekod keluar masuk murid dari kawasan sekolah semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran
 dijalankan.
5.7 Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kawasan larangan semasa rehat.

6.0 Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Kokurikulum, Sukan DanPermainan.

6.1 Sekolah hendaklah menyediakan arahan berkaitan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.2 Sekolah hendaklah membuat pengawasan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid.
6.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan dipatuhi.
6.5 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi peraturan berpakaian semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
6.6 Sekolah hendaklah merekodkan pergerakan keluar murid yang menghadiri aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.

7.0 Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan Dan Perkhemahan.

7.1 Sekolah hendaklah menyediakan peraturan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.2 Sekolah hendaklah mengadakan pengawasan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan.
7.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan dipatuhi oleh murid.
7.5 Sekolah hendaklah memastikan prosedur dan peraturan berkaitan lawatan dan perkhemahan dipatuhi.
7.6 Sekolah hendaklah memastikan kenderaan yang digunakan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan berada dalam keadaan selamat.

8.0. Arahan Keselamatan Murid Di Asrama.

8.1. Sekolah hendaklah mempunyai data dan rekod keluar masuk murid di asrama.
8.2. Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan semasa pergi dan balik asrama.
8.3. Sekolah hendaklah membuat pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke atas semua penghuni asrama.
8.4. Sekolah hendaklah menetapkan kawasan-kawasan larangan di asrama.
8.5. Sekolah hendaklah menyediakan jadual aktiviti harian dan mempamerkannya.
8.6. Sekolah hendaklah mengawal selia semua aktiviti murid di asrama.
8.7. Sekolah hendaklah memastikan pencahayaan mencukupi dalam kawasan asrama.
8.8. Sekolah hendaklah menyediakan peraturan berkaitan dengan larangan-larangan lain di asrama.

B. PENGURUSAN KESELAMATAN MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA

ARAHAN KESELAMATAN MURID

1.0 Definisi
Keselamatan murid dalam menghadapi risiko kemalangan akibat daripada bencana memerlukan perhatian serius kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda sekiranya semua pihak tidak peka dan akur kepada peraturan keselamatan. Kesiapsiagaan pihak sekolah adalah menjadi satu kemestian dalam menghadapi sebarang risiko bencana. Dalam arahan ini, Krisis dan Bencana termasuklah kejadian banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi, jerebu, tsunami atau sebarang bahaya serta kecelakaan yang boleh menimpa warga sekolah.

2.0 Matlamat
Sekolah sentiasa mempunyai keupayaan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang risiko akibat sesuatu bencana.

3.0 Objektif

3.1 Pihak sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang krisis dan bencana.
3.2 Mengurangkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda jika berlaku sebarang bencana.
3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi bencana dan musibah di kalangan warga sekolah.

4.0. Arahan Keselamatan Berkaitan Kebakaran.

4.1. Sebelum.

4.1.1. Sekolah hendaklah mengadakan ceramah dan latihan kebakaran yang teratur terhadap semua warga sekolah.
4.1.2. Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala terhadap sistem pendawaian elektrik dan alat pemadam api.
4.1.3. Sekolah hendaklah memastikan semua peralatan atau bahan yang menggunakan sumber yang boleh menyebabkan kebakaran diselia, diselenggara dan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
4.1.4. Sekolah hendaklah menyediakan pelan laluan kecemasan dan pelan kontigensi ketika menghadapi kebakaran.
4.1.5. Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat pencegahan kebakaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan seperti bomba.
4.1.6. Sekolah hendaklah memastikan tatacara keselamatan berkaitan kebakaran dipamerkan di tempat-tempat yang strategik.
4.1.7. Sekolah hendaklah mempamerkan nombor talian bantuan kecemasan di papan kenyataan sekolah.

4.2. Semasa.

4.2.1 Sekolah hendaklah memastikan warganya tidak cemas sekiranya ada tanda-tanda kebakaran yang dilaporkan.
4.2.2 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya meninggalkan tempat masing-masing apabila penggera seperti loceng kecemasan berbunyi.
4.2.3 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya mematuhi laluan-laluan kecemasan dan tempat-tempat berkumpul seperti yang telah ditetapkan.
4.2.4 Sekolah hendaklah memeriksa dan memastikan jumlah warganya mencukupi seperti rekod kehadiran hari tersebut.
4.2.5 Sekolah hendaklah segera menghubungi bomba bagi membantu mengawal kebakaran.
4.2.6 Sekiranya ada sebarang kecederaan, bantuan kecemasanawal hendaklah diberikan segera dengan menghantar mangsa ke hospital/klinik yang berdekatan.

4.3 Selepas

4.3.1 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah tidak menghampiri kawasan bekas kebakaran bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan kemusnahan barang bukti.
4.3.2 Sekolah hendaklah menguruskan urusan insuran jika berkenaan.
4.3.3 Sekolah hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga murid sekiranya ada murid menjadi mangsa kebakaran.
4.3.4 Sekolah hendaklah segera membuat laporan polis tentang kebakaran yang berlaku.
4.3.5 Sekolah hendaklah membuat laporan awal berkaitan kejadian dan dihantar kepada PPD/JPN.
4.3.6 Sekolah hendaklah mendapatkan laporan pihak berkaitan punca-punca kebakaran dan menyediakan laporan secara keseluruhan untuk dihantar kepada PPD/JPN.
4.3.7 Sekolah hendaklah memastikan kawasan kebakaran dibersihkan setelah siasatan selesai.

5.0. Arahan Keselamatan Berkaitan Banjir.


5.1. Sebelum.

5.1.1. Sekolah hendaklah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan cuaca semasa dan memaklumkan kepada warga sekolah yang tinggal di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir.
5.1.2. Sekolah hendaklah menyediakan pelan tindakan dan pelan kontigensi menghadapi bencana banjir.
5.1.3. Sekolah hendaklah mengenal pasti laluan alternatif yang selamat ke sekolah ketika berlaku banjir.
5.1.4. Sekolah hendaklah memastikan sistem saliran dan perparitan di sekolah sentiasa dalam keadaan baik.
5.1.5. Sekolah hendaklah menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan awam.
5.1.6. Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah mengetahui nombor-nombor talian kecemasan untuk dihubungi apabila berlaku banjir.
5.1.7. Sekolah hendaklah mempunyai bekalan jaket keselamatan yang mencukupi.
5.1.8. Sekolah hendaklah memastikan semua dokumen pentingdisimpan di tempat yang selamat.
5.1.9. Sekolah hendaklah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
5.1.10. Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa dipatuhi pada setiap masa.

5.2 Semasa

5.2.1 Pihak sekolah hendaklah menasihati murid-murid supaya tidak bermain air ketika banjir.
5.2.2 Sekolah hendaklah memastikan suis utama elektrik dimatikan.
5.2.3 Sekolah hendaklah memastikan warganya berada di tempat yang selamat sehingga mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
5.2.4 Sekolah hendaklah melaporkan segera status keadaan banjir
kepada PPD/JPN.
5.2.5 Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa dipatuhi pada setiap masa.
5.2.6 Sekolah hendaklah mendaftar/merekod warga sekolah yang terlibat dengan banjir.

5.3. Selepas

5.3.1. Sekolah hendaklah mendapatkan perkhidmatan kesihatan jika terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit semasa musim banjir.
5.3.2. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
5.3.3. Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibat hujan lebat diperbaiki.
5.3.4. Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja pembersihan dilakukan sejurus selepas musim banjir.
5.3.5. Sekolah hendaklah memastikan semua bentuk bantuan persekolahan murid diurus dengan segera.
5.3.6. Sekolah hendaklah melaporkan segala kerosakan yang berlaku ketika banjir kepada PPD/JPN untuk tindakan segera.

6.0. Arahan Keselamatan Semasa Berlaku Perubahan Cuaca Luar Biasa


6.1. Kemarau / Panas Berpanjangan
6.1.1. Sekolah hendaklah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berkaitan ancaman kemarau / panas berpanjangan.
6.1.2. Sekolah hendaklah memastikan murid-murid tidak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa.
6.1.3. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya meminum air secukupnya.
6.1.4. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya ada tanda-tanda penyakit.
6.1.5. Sekolah hendaklah memaklumkan tentang perubahan cuaca dari masa ke semasa kepada warganya.

6.2. Jerebu
6.2.1. Sekolah hendaklah mengelakkan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
6.2.2. Sekolah hendaklah memastikan warganya agar tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka dalam kawasan sekolah.
6.2.3. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya menggunakan topeng pernafasan ketika melakukan aktiviti di luar bilik darjah.
6.2.4. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya sentiasa memasang lampu ketika menunggang basikal atau motosikal.
6.2.5. Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkenaan ancaman jerebu.
6.2.6. Sekolah hendaklah mengawasi sebarang aktiviti murid ketika berlaku jerebu.
6.2.7. Sekolah hendaklah mempunyai data murid yang mempunyai penyakit akibat ancaman jerebu.

6.3 Kilat dan Ribut Petir
6.3.1 Sekolah dilarang menjalankan aktiviti di tempat lapang/terbuka semasa cuaca buruk dan adanya hujan, kilat atau ribut petir.
6.3.2 Sekolah hendaklah memastikan semua aktiviti dihentikan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.
6.3.3 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya tidak berada berhampiran bahan api, bahan logam, cermin serta tidak berlindung di bawah pokok besar, bangsal terbuka dan kawasan tinggi ketika ribut petir.
6.3.4 Sekolah hendaklah memberikan latihan menghadapi cuaca buruk termasuklah hujan lebat , kilat atau ribut petir.
6.4 Gempa Bumi dan Tanah Runtuh
6.4.1 Sekolah hendaklah memastikan bangunan diperiksa oleh pihak berkuasa bagi menentukan kestabilan strukturnya.
6.4.2 Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibat hujan lebat diperbaiki dengan segera.
6.4.3 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah diberi latihan menghadapi bencana gempa bumi dan tanah runtuh ( Rujuk Buku Panduan Menghadapi Bencana oleh Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Buku Panduan yang diterbitkan oleh UNICEF ).
6.4.4 Sekolah hendaklah memastikan pihak berwajib dihubungi.
6.4.5 Sekolah hendaklah memastikan bantuan diberikan kepada warga sekolah yang tercedera dengan kadar segera.
6.4.6 Sekolah hendaklah melaporkan kejadian kepada PPD/JPN.

C. PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH

ARAHAN KESELAMATAN MURID

1.0. Definisi

Infrastruktur sekolah boleh menjadi ancaman keselamatan sekiranya tidak diurus dengan baik. Pengurusan aspek ini memerlukan pemantauan dan pemeriksaan rapi secara berterusan agar kawasan sekolah menjadi tempat yang selamat dengan suasana persekitaran yang kondusif untuk menjamin keselamatan warganya. Aspek ini termasuklah pemantauan dan penyelenggaraan fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, perparitan dan sistem pembentungan, lanskap sekolah, tandas, bilik darjah, bilik-bilik khas, asrama, gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah.

2.0. Matlamat

Memastikan semua prasarana yang terdapat di sekolah selamat digunakan oleh warganya.

3.0 Objektif

3.1 Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga sekolah.
3.2 Memastikan semua prasarana dan peralatan di sekolah berada dalam keadaan selamat untuk diguna.

4.0 Arahan Keselamatan Fizikal Dan Bangunan Sekolah
4.1 Sekolah hendaklah membuat pemantauan secara berkala fizikal sekolah termasuklah pendawaian/peralatan elektrik dan struktur bangunan mengikut piawaian JKR.
4.2 Sekolah hendaklah merekod segala tindakan pemantauan, penyelenggaraan dan laporan termasuklah berkaitan struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, sistem pembentungan dan sistem perparitan.
4.3 Sekolah hendaklah mengenalpasti dan membuat laporan tentang sebarang kerosakan termasuklah pada struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip-paip gas, sistem pembentungan dan sistem perparitan yang berlaku kepada PPD/JPN.
4.4 Sekolah hendaklah meletakkan tanda larangan di tempat-tempat merbahaya dan tidak selamat.
4.5 Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
4.6 Sekolah hendaklah memastikan arahan-arahan penggunaan prasarana di sekolah dipatuhi oleh warga sekolah.
4.7 Sekolah hendaklah memastikan Pelan Laluan Kecemasan dipamerkan di semua bilik dan tempat yang mudah dilihat.
4.8 Sekolah hendaklah memastikan sistem pencahayaan mencukupi dalam kawasan sekolah.

5.0 Arahan Keselamatan Berkaitan Penggunaan Tandas
5.1. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang dipamerkan menerusi papan tanda yang ada di tandas.
5.2. Sekolah hendaklah memastikan murid tidak memasuki tandas jika terdapat orang luar yang mencurigakan/ tidak dikenali di dalam atau di luar tandas.
5.3. Sekolah hendaklah memastikan murid perempuan berteman, manakala murid lelaki berteman jika situasi memerlukan ketika hendak ke tandas.
5.4 Semua murid hendaklah diperingatkan dari semasa ke semasa tentang sebarang peraturan dan kebersihan penggunaan tandas di sekolah.

6.0. Arahan Keselamatan Penggunaan Kantin
6.1. Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kantin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
6.2 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah semasa berada di kantin.
6.3 Sekolah hendaklah menjadualkan guru dan pengawas bertugas ketika waktu rehat di kantin.

7.0. Arahan Keselamatan Penggunaan Makmal, Bengkel, Padang, Setor Sukan Dan Gelanggang
7.1 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan keluar masuk serta penggunaan makmal, bengkel, padang, setor sukan dan gelanggang sebagaimana yang telah ditetapkan.
7.2. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan/bahan kimia di makmal dan bengkel.
7.3. Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka berada di makmal/bengkel/padang/setor sukan serta gelanggang permainan.
7.4. Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di makmal / bengkel/ padang serta gelanggang.
7.5. Sekolah hendaklah memastikan sekiranya berlaku kecemasan /kecederaan – perlu memaklumkan segera kepada PPD/JPN.

8.0. Arahan Keselamatan Penggunaan Gymnisium/Kolam Renang
8.1. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan keluar masuk serta penggunaan gymnisium dan kolam renang sebagaimana yang telah ditetapkan.
8.2. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan di gymnisium dan kolam renang.
8.3. Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka menjalani latihan di gymnisium dan kolam renang.
8.4. Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di gymnisium dan kolam renang.
8.5. Sekolah hendaklah mengambil tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan dan kecederaan.
8.6. Sekolah hendaklah menyediakan laporan lengkap sebarang kes kecederaan kepada pihak PPD/JPN.
8.7. Sekolah hendaklah meletakkan notis arahan bahawa kawasan gymnisium dan kolam renang sebagai kawasan larangan jika aktiviti yang dijalankan tanpa guru atau jurulatih bertauliah khususnya aktiviti di luar jadual yang ditetapkan.

_________________________________________

I made this widget at MyFlashFetish.com.