KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR

KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR

Isnin, Julai 12, 2010

MEWUJUDKAN BUDAYA DATANG AWAL DAN AMALAN LEBIH AWAL DARI TEPAT

6.45 pagi di SMK Bandar Tenggara

1.Pengenalan
Budaya datang awal bermaksud semua ahli organisai datang lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan dan tidak bertangguh. Amalan lebih awal dari menepati waktu merupakan satu amalan yang patut dijadikan budaya sesebuah organisasi. Budaya lrbih awal dari waktu yang telah ditetapkan  perlu diujudkan pada setiap organisasi supaya hasrat untuk menjadikan warganya berdisiplin dapat menjadi kenyataan. Amalan lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan, tidak boleh ujud dengan sendiri. Ia perlu diusahakan supaya setiap warga organisasi mengamalkan amalan ini. Selaku pemimpin organisasi, saya akan memastikan dalam usaha membina budaya lebih awal dari menepati waktu, tiada warga organisasi saya yang berasa amalan ini merupakan satu tekanan dan bebanan kepada mereka.

2.Usaha-usaha bagi memastikan amalan lebih awal dari menepati waktu, boleh mendisiplin warga organisasi yang bermasalah.

2.1. Pemimpin menjadi teladan
Pemimpin menjadi teladan, merupakan ungkapan yang menjadi keutamaan saya bagi memastikan warga organisasi mengamalkan amalan lebih awal dari menepati waktu. Pemimpin menjadi teladan bermaksud apa juga tingkahlaku, tutur kata dan cara tindakan pemimpin organisasi akan diteladani oleh warga organisasi tersebut. Warga organisasi sentiasa memerhati serta menilai tingkahlaku dan tindak tanduk pemimpin atau ketua mereka. Mereka seboleh-bolehnya mahu mengikut apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Mereka juga tidak akan menyatakan penilaian mereka, tetapi akan memperkatakan dalm perbualan mereka sesama sendiri. Oleh yang demikian selaku ketua organisasi, saya perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga organisasi yang saya pimpin walaupun saya bukan pemimpin yang terbaik.

Murid yang hadir sebelum 7.00 pagi

Beberapa usaha telah dilakukan bagi memastikan warga sekolah sentiasa mengamalkan amalan lebih awal dari menepati waktu melalui konsep pemimpin menjadi teladan. Antara usaha-usaha itu adalah:

2.1.1 Datang awal dan menjadi orang pertama sampai kesekolah.
Untuk tujuan ini saya akan pastikan untuk datang ke sekolah sebelum jam 7.00 pagi atau sebelum semua warga sekolah sampai ke sekolah. Usaha ini memang cukup berkesan. Apabila warga sekolah melihat Pengetuanya sentiasa dengan awal kesekolah, mereka mula mencontohi Pengetuanya. Kesannya hampir 95% warga sekolah akan sampai ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi.

2.1.2 Datang ke tempat pengajaran dan pembelajaran tepat pada waktunya.
Amalan ini juga menjadi perhatian warga sekolah saya. Boleh dikatakan apabila waktu pengajaran tiba, Pengetua tidak akan berlengah-lengah untuk ke tempat pengajaran. Kadang-kadang ketika Pengetua sampai ke tempat pengajaran dan pembelajaran, murid-muridnya masih sampai lagi kerana masih dalam perjalanan dari makmal atau padang. Uasaha Pengetua ini diperhatikan oleh warga sekolah ini, dan kesan dari amalan ini sebahagian besar guru akan sampai ke tempat pengajaran dan pembeljaran tepat pada waktunya. Kalau ada yang lewat, kelewatan mereka bersebab.

2.1.3 Ketua organisasi memulakan mesyuarat atau majlis rasmi sekolah tepat pada waktu.
Usaha ini sangat penting kerana warga sekolah sentiasa memerhati dan menilai masa kehadiran pemimpin organisasi dalam sesuatu mesyuarat atau majlis. Apabila ketua organisasi tidak dapat menepati waktu memulakan mesyuarat atau majlis, warga organisasi akan memperlekehkannya dan akan hadir lewat ke mesyuarat atau majlis tersebut. Untuk memastikan hal seperti ini tidak berlaku, Pengetua akan pastikan  hadir mesyuarat sebelum warga organisasi yang lain hadir. Bagi saya tidak salah dan tidak akan menjatuhkan maruah kalau ketua organisasi mendahului kehadiran warga organisasinya. Hasilnya saya dapati ada ahli organisasi saya yang cuba mendahului Pengetuanya, ada yang hadir sebelum mesyuarat atau majlis bermula. Hanya sebahagian kecil yang lewat hadir. Ini bermakna apa yang saya lakukan telah menunjukkan kesan yang baik.

2.1.4 Memenuhi keperluan warga organisasi tanpa bertangguh. Memenuhi keperluan warga organisasi adalah menjadi tanggung jawab ketua organisasi keperluan itu bagi tujuan membangunkan organisasi. Ketua organisasi perlu peka kepada keperluan warga organisasi. Inilah diantara usaha saya bagi memastikan warga organisasi saya mengamalkan amalan menepati waktu. Hasil dari usaha ini, saya dapati warga organisasi sentiasa menyiapkan tugasan mereka pada masa yang telah ditetapkan, malah ada yang dapat menyiapkannya lebih awal dari masa yang ditetapkan.

2.2. Mewujudkan budaya menepati waktu
Budaya menepati waktu bermakna semua warga organisasi sentiasa menepati waktu apabila melaksanakan semua aktiviti samada waktu hadir ke tempat bertugas, menyiapkan tugasan atau projek, menjawab surat-surat, mengemukakan maklumat yang dikehendaki, menjelaskan invois dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Budaya ini tidak boleh ujud dengan sendirinya. Budayanya perlu diujudkan. Orang yang bertanggungjawab untuk mewujudkan budaya ini adalah ketua atua pemimpin organisasi. Budaya lebih awal dari menepati waktu diujudkan dalam organisasi saya dengan melakukan beberapa aktiviti, seperti:

2.2.1 Memberi pengitirafan kepada warga sekolah yang sentiasa menepati waktu. Pengitirafan boleh diberi semasa ucapan pemimpin dalam perhimpunan mingguan, memulakan mesyuarat atau dalam majlis-majlis rasmi. Pengitirafan ini diberi bagi memenuhi tabiat yang ada pada semua manusia iaitu mereka mahu dihargai dan diitiraf. Apabila tabiat ini dipenuhi, saya yakin mereka akan buat yang palin baik dari apa yang kita harapkan.

Pengitirafan kepada guru yang hantar lebih awal

2.2.2 Menetapkan piawaian ketepatan waktu. Menetapkan piawaian ketepatan waktu dibuat bagi memboleh warga organisasi membuat penilai kendiri tentang pada tahap mana berada seperti ketepatan waktu yang cemerlang, ketepatan waktu yang baik, ketepatan waktu yang biasa dan ketepatan waktu yang buruk. Dengan menetapkan piawaian ini saya yakin warga organisasi yang akan dapat menilai tahap mana mereka berada. Penilaian kendiri ini dapat mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik. Contohnya:


Murid sampai sekolah sebelum jam 7.00pagi

2.2.2.1 Waktu hadir ke sekolah (Bagi sekolah yang bermula jam 7.30 pagi)
2.2.2.1.1. Hadir sebelum jam 7.00 pagi – cemerlang
2.2.2.2.2. Hadir sebelum jam 7.20 pagi – baik
2.2.2.2.3. Hadir pada jam 7.30 pagi – biasa
2.2.2.2.4. Hadir selepas jam 7.30 pagi – buruk

2.2.2.2. Waktu menghantar tugasan/ menjawab surat/ mengemukakan maklumat yang dikehendaki/ menjelaskan invois
2.2.2.2.1. Seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan – cemerlang
2.2.2.2.2. Dua/ tiga hari sebelum tarikh yang ditetapkan – baik
2.2.2.2.3. Tepat pada tarikhnya – biasa
2.2.2.2.4. Selepas tarikh yang ditetapkan – buruk

2.2.2.3 Waktu hadir mesyuarat/ majlis rasmi
2.2.2.3.1. 30 minit sebelum mesyuarat/ majlis bermula – cemerlang
2.2.2.3.2. 15 minit sebelum mesyuarat/ majlis bermula – baik
2.2.2.3.3. Tepat pada waktunya – biasa
2.2.2.3.4. Hadir setelah mesyuarat/ majlis bermula - buruk

2.2.3. Kesan dari menetapkan piawaian seperti yang tersebut di atas, saya dapati kira-kira 90% warga organisasi saya berada pada tahap baik, iaitu mereka boleh hadir ke sekolah sebelum 7.20 pagi, boleh menghantar tugasan, mengemukakan maklumat, mengemukakan maklumat yang dikehendaki/ menjelaskan invois sebelum tarikh yang ditetapkan dan dapat hadir mesyuarat/ majlis rasmi beberapa minit sebelum mesyuarat/ majlis bermula seperti mana yang ditetapkan.

2.3. Melaksanakan amalan lebih awal dari tepat waktu (early than functual)
2.3.1. Memandangkan 90% warga organisasi saya telah dapat mengamal budaya menepati waktu, maka usaha saya seterusnya untuk memastikan mereka mengamalkan amalan lebih awal dari tepat (early than functual). Ini bermakna mereka melaksanakan aktiviti samada waktu hadir ke tempat bertugas, menyiapkan tugasan atau projek, menjawab surat-surat, mengemukakan maklumat yang dikehendaki, menjelaskan invois dan lain-lain aktiviti yang berkaitan lebih awal dari yang ditetapkan. Amalan ini merupakan amanat dari Pengarah Pelajaran Negeri Johor dalam ucapannya kepada Pengetua-pengetua dan Guru Besar semasa Majlis Perhimpunan Bersama Pemimpin-pemimpin Pendidikan Negeri Johor. Uasaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan warga organisasi saya akan bersama Pengetuanya melaksanakan amalan ini. Diantara usaha yang sedang saya lakukan ialah mewar-warkan konsep ini, berkempen secara lisan dalam perhimpunan, mesyuarat atau majlis-majlis sekolah, Pemimpin menjadi teladan dan memberi penghargaan dan pengitirafan kepada warga sekolah yang telah mengamalkannya. Hasilnya, sudah ada warga organisasi saya mengamalkan amalan ini. Saya yakin amalan ini akan terus berkembang dikalangan ahli warga organisasi saya.

2.4. Membimbing, menasihat dan memberi peluang buat yang terbaik.
Usaha ini perlu dibuat untuk warga organisasi yang tegar untuk menepati waktu. Namun demikian pendekatan ia memerlukan kesabaran, keikhlasan dan kemanusiaan. Orang yang memang sudah menjadi tabiatnya tidak mahu menepati waktu memang sukar untuk diubah. Warga organisasi seperti, saya memberi peluang dia memahami perubahan tingkah laku rakan sejawat supaya akhirnya dia sedar hanya dia seorang sahaja yang masih ketinggalan untuk menepati waktu. Untuk menyedarkan insan ini, kita perlu bersabar. Kesedaran ini tidak boleh berlaku dalam sekelip mata. Kesabaran kita akhirnya akan melahirkan rasa segan dan hormat insan ini. Apabila sudah ada rasa segan dan hormat, pada masa inilah kita mula memberi nasihat dan bimbingan sehingga akhirnya dia akan bersama-sama rakan sejawatnya untuk mengamalkan amalan menepati waktu. Sekarang saya sudah tidak memerlukan pendekatan ini kerana sebahagian besar warga organisasi mengamalkan amalan menepati waktu. Mereka yang terlewat, saya dapati bukan disengajakan. Oleh yang demikian masalah tidak menepati masa tidak lagi menjadi masalah yang besar di dalam organisasi saya

Pengetua menyampaikan tazkirah kepada
murid yang datang selepas jam 7.25pg.


3. Penutup.
Setelah melihat kesan dari usaha-usaha yang saya lakukan ini, saya dapati amalan lebih awal dari menepati waktu ini merupakan asas kepada pembentukan disiplin warga organisasi saya. Dalam pemerhatian saya, warga organisasi yang bermasalah; salah satu puncanya kerana tidak pandai menjaga waktu. Kebanyakan warga organisasi yang bermasalah, ketika saya mula bertugas di sekolah ini, saya dapati mereka sering datang lewat, menghantar buku persediaan mengajar melepasi tarikh yang ditetapkan dan lain-lain masalah disiplin. Setelah usaha dijalankan untuk mewujudkan budaya menepati waktu, saya dapati warga yang bermasalah ini sudah dapat diubah tingkahlakunya. Lebih-lebih lagi apabila saya memilih kaedah pengurusan kemanusiaan. Air yang nampaknya lembut, rupa-rupanya dapat mengubah batu yang keras. Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan agar warga organisasi yang bermasalah, kita lihat cara dia menguruskan waktu dan kita urus mereka dengan kaedah kemanusiaan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH INI; GURU, STAF SOKONGAN, MURID, PELAJAR, PEKERJA KEBERSIHAN SWASTA DAN PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH, YANG DAPAT MENGAMALKAN BUDAYA DATANG AWAL DAN AMALAN LEBIH AWAL DARI TEPAT!

nota*
semua gambar-gambar awal pagi disekolah yang terdapat dalam blog ini, ini dirakamkan sendiri oleh Pengetua kami.

Jumaat, Julai 09, 2010

MAJLIS MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ



SEBAHAGIAN DARIPADA PENERIMA
ANUGERAH MARJAN
SEMPENA MAJLIS MEMPERINGATI
 PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ


I made this widget at MyFlashFetish.com.