KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR

KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR

Sabtu, November 28, 2009

SAJAK UNTUK MURID DAN PELAJAR

Pesanan seorang cikgu
(untuk murid dan pelajar yang disayangi dan dikasihi)

Setinggi mana pun darjat kamu
Sehebat mana pun diri kamu
Sejauh mana pun langkah kamu
Segagah mana pun tenaga kamu
KEBIADAPAN tidak akan membawa kamu ke mana-mana

Guru bukan seteru untuk dimusuhi
Guru bukan abdi untuk diumpat keji
Guru bukan lilin yang boleh ditiup mati

Jangan kau perlekehkan seorang guru
walaupun dia hanya berbasikal tua
walaupun dia tinggal di rumah sekangkang kera
walaupun dia sudah bersara dan tidak punya wang berjuta
 
Kerana.......
guru itu pemberi cahaya yang perkasa
guru itu pemberi cahaya yang terang lagi menerangi
guru itu pemberi cahaya untuk melihat alam semesta
sinar cahaya seorang guru sentiasa perlu lagi diperlukan

Guru itu,
Dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada prihatin
Dalam tawanya ada mesra
Dalam diamnya ada bijaksana
Dalam tangannya kita dijana

Hormatilah guru-guru kamu sebagaimana kami hormati guru-guru kami

zbo
SMK Bandar Tenggara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I made this widget at MyFlashFetish.com.